Dari Allah ia datang kepada Allah jua ia kembali, tidak terlewat walaupun sesaat bila di kehendakinya! PJMM telah kehilangan seorang ahli, sahabat, dan insan. Belaiau terkenal dengan panggilan Master Red Cloud Shokri atau pun Chef Shokri pada bulan November lepas. Perkerjaan dan pengalaman beliau dalam bidang kulinari bermula sejak 1980pulohan dan telah merantau keseluroh dunia dalam mendalami ilmu kulinari, dan menjadi menjadi seorang pendidik dalam bidang kulinari pada akhir hayatnya. PJMM telah kehilangan seorang insan yang berwatakan ceria, suka menolong dan aktif dalam hal2 persatuan. PJMM amat merindui beliau dan tidak terlewat kita memberi sedekah alfatihah pada roh beliau..Alfatihah
MASAKAN TRADITIONAL MELAYU
Masakan Melayu Negeri Sembilan; Ayam masak lemak cili padi, amat popular dan lazim di masak untuk di hidangkan semasa jamuan kenduri kenara dan dimasa jamuan perkahwinan. Santan, seria, halia, lengkuas dan cili padi ialah antara bahan yang biasa di gunakan dalam masakan ini. Tidak lupa daun kunyit yang dihiris halus dan dimakan bersama nasi putih, ulaman dan sambal. Restoran yang terbaik dalam masakan Negeri Sembilan ia lah di kawasan Nilai iaitu "Auntie Aini"
PERSATUAN JURUKULINARY MELAYU MALAYSIA
Wednesday, December 7, 2016
Monday, July 4, 2016
Dengan limpah kurnianya, setelah menahan lapar dan dahaga dan juga kemungkaran, tiba lah masa nya kita bergembira keriangan menyambut hari lembaran iaitu Aidil Fitri. Dengan itu Persatuan Jurukulinary Melayu Malaysia dengan rendah diri memohon ampun dan maaf diatas perbuatan, kata2 yang mungkin meyinggung semua kulinarian, am nya pada ahli2 dan juga sahabat2 yang membaca dalam blog kami ini.
Kami PJMMBLOG.BLOGSPOT.COM mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri"
Kami PJMMBLOG.BLOGSPOT.COM mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri"
Assalamualaikum, dalam bulan ramadhan yang amat berkat dan mulia ini Persatuan Jurukulinary Melayu Malaysia (PJMM) telah mengerakan kewajipan dari segi tenaga dengan berkerjasama dengan pihak amal, masjid dan madrasah bagi mengerjakan masakan bubur lambuk yang akan diedarkan pada kariah setempat dan juga sebagai sedekah bagi memeriahkan lagi majlis berbuka puasa, diantara kerjasama dijalankan ialah dengan Hospital Selayang dan Surau di Batang Kali Selangor di bawah kelolaan Chef Jamil, Syabas!..dan tahniah
Assalamualaikum, dengan kerjasama Hospital Salam, Persatuan Jurukulinary Melayu Malaysia (PJMM) dan Madrasah Al-Husna telah berkerjasama dalam penyediaan bubur lambuk pada bulan ramadhan yang mulia pada 18hb Jun 2016 untuk diedarkan pada kariah dan juga umat islam yang berdekatan. Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar dan dengan jayanya, Syabas!...
Subscribe to:
Comments (Atom)










